Sunday, September 22, 2019

EKPLORASI PHUKET BERSAMA THAI AIRWAYS

Picta From Google
Salam
Ramai antara kita tau yang Phuket adalah salah satu destinasi percutian
yang at least seumur sehidup sekali kita kena pergi.
Setuju tak?
Sebab kat Phuket ni dekat dengan negara kita
dan lagi senang kalau kita naik flight
dalam sejam lebih dah sampai.
Pada kali ni saya nak tunjukkan
macam mana kita boleh
semudah di hujung jari.
mesti pernah dengar
pasal traveloka web atau apps kan?
Kalau tak pernah
sinilah tempat kita boleh buat perbandingan
harga flight tiket untuk dapat harga
yang paling murah ikut bajet kita.
Dengan Thai Airways ni kita ada options
seating economy, premium economy, Royal Silk dan Royal First Class.
Ikut kita nak pilih yang mana.

Picta From Pixabay
Phuket merupakan pulau yang terbesar di Thailand
memiliki keluasan sekitar 540 km persegi.
Dengan keluasan sebegini,
Phuket menyimpan seribu satu tarikan
yang seringkali terlepas dari pandangan mata
dek kerana keterujaan untuk menerokai segala tarikan
yang jelas terpampang di media.
Tarikan-tarikan seperti James Bond Island dan Kepulauan Phi Phi
yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem Hollywood
adalah antara lokasi yang tak henti-henti
dilawati pengunjung di seluruh dunia.
Namun, dengan saiz seluas Singapura,
Phuket ternyata menawarkan lebih daripada itu.
Bukan sekadar pantai dan pulau, Phuket sebenarnya destinasi yang unik
menggabungkan aura bandar Georgetown di Pulau Pinang 
yang meriah dengan bangunan bergaya Eropah serta pasar yang meriah,
dan juga aura Bali di Indonesia yang padat dengan tarikan
yang telah berusia berabad lamanya.

Sekiranya kita pencinta haiwan,
lawatan ke Phuket Elephant Sanctuary akan membuatkan hati kita gembira
melihat cara haiwan di sini diberikan penjagaan.
Untuk makluman, gajah-gajah yang ditempatkan di sini
adalah gajah yang telah menghadapi kesengsaraan di bawah jagaan entiti lain
yang lebih mementingkan keuntungan.
kita akan dapat mendengar cerita di sebalik setiap gajah yang terdapat di sini
yang pasti membuatkan kita berasa geram dan sedih.
Di samping itu, kita juga dapat mempelajari lebih banyak info
tentang bagaimana untuk mengetahui situasi penderaan gajah berlaku.
Ingin mengajar anak-anak kita tentang kepentingan
menyayangi semua ciptaan Tuhan?
Rancanglah untuk ke Phuket Elephant Sanctuary di Phuket nanti.

Nama sebenar bagi Monkey Hill adalah Toe Sae Hill.
Diberikan nama sedemikian kerana betapa banyaknya kehadiran monyet
di bukit ini yang dikatakan mencecah 400 ekor kesemuanya.
Monyet-monyet ini walau bagaimanapun
dikatakan tidaklah seagresif yang terdapat di kawasan kuil.
Tapi, kita tetap perlu berjaga-jaga dengan mengelakkan diri
daripada membawa barangan yang berharga,
lagi bagus, jangan bawa apa-apa yang mudah dicapai.
Sewaktu mendaki bukit ini nanti, kita juga akan terlihat papan kenyataan
yang memberitahu pelawat supaya tidak memberi makan kepada monyet-monyet di sini.
Sengaja ingin diingatkan, dalam perjalanan di Monkey Hill nanti,
kita tidaklah akan bertembung terus dengan geng-geng monyet di sini,
kerana haiwan ini hanya dapat dilihat selepas hampir 2 km berjalan kaki.
Jadi, jangan give-up pula ya?

Phuket FantaSea adalah sebuah taman tema kebudayaan
yang terletak di bahagian selatan Thailand, Phuket. 
Taman tema yang berkeluasan 60 ekar ini menampilkan
3 jenis tarikan utama iaitu pertunjukan teater kebudayaan Thai,
restoran buffet dengan seni bina bergaya Ayutthaya dan Festival Village shopping street.
Phuket Trickeye Museum sepertimana 3D muzium yang terdapat di Malaysia,
merupakan sebuah muzium yang mengetengahkan teknik kreatif Trompe-l’œil
daripada Perancis untuk memanipulasi pandangan mata.
Lukisan-lukisan yang dihasilkan di Phuket Trickeye Museum
kelihatan cukup realistik yang memberikan ilusi seolah-olah 3D.
Ingin menjadi Spiderman yang mampu bergantung pada siling bangunan,
atau seorang yang kononnya ‘berani mati’ di atas jambatan yang patah?
Gunakan bakat posing kita sepuas hati di muzium ini.
Tak pasti macam mana nak berposing untuk dapatkan foto yang pro?
kita boleh melihat contoh pose yang diletakkan berdekatan lukisan.
Kalau korang nak cari flights to Phuket online promo 
Traveloka lah penyelesaiannya. 

Tuesday, September 3, 2019

Ikan Sebelah

Salam...
i heard about ikan sebelah years ago...
when i was little...
never seen one...

few years ago...
i saw and tried out...
at a near by shop...
(already fried)

and last week...
i bought some....
directly from a fisherman...
and fried them...

for me...
they taste good...
give it a try...
but cleaning them up a bit tricky...
since they have lots and lots of scales...