Tuesday, January 21, 2014

Impian Seorang Nelayan

Salam...
when i downloaded this two pictas here...
they remind me of this song...

IMPIAN SEORANG NELAYAN
Burung Camar Hinggap Di Jejari
Seorang Nelayan Sedang Bermimpi
Mimpi Tentang Duyung
Mimpi Tentang Untung
Biduk Hanyut Dibawa Ombak
Laut Cina Selatan

Dalam Mimpi Berkata Sang Duyung
"Wahai Nelayan Kau Anak Laut
Di Sini Tempatmu
Di Sini Rezekimu
Pengorbanan Yang Kau Lakukan
Ada Balasannya"

Mega Mendong
Laut Pun Bergoncang
Nelayan Tersentak Biduk Sesat Haluan
Sang Mentari Terlindung
Pantai Tak Kelihatan
Tawakkal Jalan Akhirnya

Dalam Pondok Kecil Beratap Rumbia
Seorang Ibu Memandang Hari Muka
Sambil Ia Menyusukan Bayi Yang Kehausan
Ufuk Timur Hilang Dari Pandangan

Wahai Anak Yang Sedang Menangis
Mungkin Kini Engkau Tak Mengerti
Bila Kau Dewasa Dan Pandai Nanti
Pengorbanan Ayahmu Sayang
Jangan Kau Lupakan

Picta Captured at Pantai Merdeka, Kedah, Edited Using Colourise Features...
Picta Captured At Pantai Merdeka, Kedah...Nearly Sunset

21 comments:

eelobor said...

hehehe...lagu peberet me nih

Tihara said...

nice picca,
memang bertarung nyawa keje nelayan ni
padan harga ikan pun melambung sokmo :)

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

Sedih pulak bila tengok nelayan... huhu

❤Kamsiah❤ said...

lagu yg sangat touching...hanya nelayan tahu perit dan pedihnya kenyataan hidup mereka..sedang kita yg mempotretkan gambar2 mereka,nampak begitu cantik..bagaikan lukisan..

Rai Ourkizuna said...

nasib nelayan kecil kecilan kat negara kita.. semoga Allah mudahkan rezeki mereka..

t.a.t.a said...

Kenapa profesion nelayan tidak dimasukkan dalam senarai SPA?

ct shah said...

tenang je tgk laut ni kan?
saya tak penah dgr lagi lagu nelayan tu tapi lirik dia amat puitis.

Kakzakie said...

See.. how hard/difficult for them hunting to survive their family. May the children realize all these...

Nice lyrics and pics...

lelamaisara said...

kalau tak de nelayan kite pon susah nak makan ikan kan....nak makan ikan kena mancing sendiri...tak pon p mukat...haru..bersyukur kita ada mereka...semoga Allah murahkan rezeki mereka

adyna said...

Tanpa mereka tak merasa la makan ikan , kite saling memerlukan , biar setinggi mana kita Jgn pandang rendah pada org dibawah

Deqla Manjew said...

cantiknya pulau..lg2 pic yg 1st tu..senja nan merah.. suka la tgk pic camni..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

tabahnya seorang nelayan mengharungi kehidupan..

anajingga said...

lama tak dengar lagu puitis ni..memang benar nelayan manusia yang gagah meredah ombak laut demi mencari rezeki utk keluarga..salam ukhwah.

Muhammad Khairuddin Lim said...

bestnya.....

MaMa Rey said...

cantik pic ni..hijau..
lirik lagu yg menyentuh..

memmet lenggeng said...

Macam pernah baca liriknya, tp tak ingAt lagu apa. Memang menyentuh hati

hainom OKje said...

Mencari ikan bagi sesuap nasi....
bersambung nyawa dilautsn

Mimi Azirah said...

Lagu yang penuh maksud tersirat dan menyentuh perasaan

adrianna syaz said...

Suka sgt gmbr sunset..mcm2 memori tercipta masa sunset ni :)

Gee Lion said...

sedihlah pulak.. by those picta and lyrics.. hurmm.. :'(

ros_reeza said...

cantik gambar-gambar tu.. dari Pantai Merdeka jugak, kita boleh nampak Tanjung dawai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...