Tuesday, April 10, 2012

Share : Kehilangan adik sepupu saya , bantuan rakan² di perlukan

This post is shared from
http://www.sinarraudah.com/2012/04/kehilangan-adik-sepupu-saya-bantuan.html

Salam pagi isnin semua...

Firstly saya nak minta jasa baik rakan² blogger serta pembaca² sinar raudah , untuk kongsikan artikel ini. Terima kasih saya ucapan sekiranya ada yang sudi membantu , hanya Allah saja dapat membalas budi baik anda semua..

Muhammad Nurisma Ikmal Bin Zaini , berusia 14 tahun telah di laporkan hilang apabila beliau telah keluar dari rumahnya hampir 2 minggu yang lalu.. Beliau merupakan adik sepupu saya yang tinggal di Melaka. Selama tempoh 2 minggu itu ibu saudara saya tidak tidur malam memikirkan tentang anaknya.. Pencarian telah di lakukan di sekitar Bandar Raya Melaka tetapi sehingga ke hari ini masih tidak di temui.

Laporan polis telah pun di buat , malah kehilangan adik sepupu saya ini juga telah di siarkan di dalam harian METRO pada 3 April lalu. Tapi sehingga kini masih tiada khabar berita mengenainya..Saya minta jasa baik rakan² semua sekiranya , pernah ternampak atau terjumpa wajah adik ini minta anda terus menghubungi di talian ini 0136428520.. Atau sekiranya anda sudi membantu, minta kongsikan di laman belog.. moga dengan cara ini adik sepupu saya dapat di temui dengan segera...

Sesiapa yang mempunyai akaun facebook juga boleh kongsikan di laman facebook anda , dengan hanya menekan button share untuk kongsikan artikel ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan di atas keperihatinan dan bantuan anda semua. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik anda...

Information
Muhammad Nurisma Ikmal Bin Zaini
Berusia 14 tahun
Dari Melaka
0136428520

P/S : i cant copy or download the photo, do check out at her blog

14 comments:

kay_are said...

banyak nye budak hilang lagi.. lepas satu2.. ish ish.. hmm.. semoga budak tu dapat ditemui semula.. amin..

Kakzakie said...

Kakak ada beritahu hubby akak utk turut war-warkan di tempat kerjanya.. sebab sempadan tuk ke S'pore mana tahu boleh membantu..

Azhafizah[フィザ] said...

harap dapat dipertemukan semula.

Noraim said...

semoga adik tu dijumpai ye kak.

insyaAllah saya tlg share :)

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

yaALLAH...insyaALLAH..
moga2 dia selamat hendaknya

adan said...

makin menjadi-jadi la kes kehilangan budak..

Bui Junaidi said...

SEMOGA DIA DAPAT DITEMUI NANTI..

munna said...

semoga adik ikmal selamat kembali ke pangkuan keluarganya

Teenager Housemaid said...

ya Allah takutnya dengar kes-kes macam ni..

eita said...

harap2 takde apa2 yang berlaku kan...

Papa Mifz said...

semoga cepat jumpa....harap takde perkara buruk berlaku....amin...

Uncle Jonni said...

berat mata memandang...
berat lg keluarga menanggung...

semoga mereka dapat bersatu kembali....

Telor Power said...

semoga dia selamat dan tidak di apa-apa kan

miss daya said...

Risaunye.. banyak sgt kes2 mcm ni lately.. nothing much can be done.. my prayers with him and his family.. :( moga dia dlm keadaan selamat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...